My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Tuesday, August 16, 2011

Diantara resepi yg dicuba dari my resepi.com

Telur Bistik Ketam
Bahan-bahan ( 2-3 Orang )
  • 1 Biji Telur Size A (Untuk Isi)
  • 2 Biji Telur Size A (Untuk Bungkus)
  • Bawang Besar (Hiris Halus)
  • Cili Padi (Hiris Halus)
  • Carrot (Hiris Halus)
  • Kacang Panjang (Hiris Halus)
  • Secubit Garam
  • Secubit Lada Putih
  • 4-5 Keping Isi Ketam Dihiris Halus - (Boleh beli di tesco yg packet tu)
Cara-cara
  1. ISI : Gaul 1 Biji Telur dengan SEMUA bahan yang dihiris halus , Isi ketam , Garam dan Lada.
  2. BUNGKUS : Pecahkan 2 Biji Telur ( Lebih Sedap kalau lebar dan nipis)
  3. Bila BUNGKUS dah separuh masak, masukkan ISI.
  4. Kemudian Lipat Semua Bahagian Tepi BUNGKUS tadi hingga tutup ISI.
  5. Balikkan BUNGKUS tersebut dengan cermat
  6. dan.....SIAP nyam nyam:D


Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan ( utk 1 family  )

  • Udang (1 mangkuk kecil)
  • Bawang putih (9 - 11 biji)
  • Telur (2 biji)
  • Lada hitam+lada putih (1 sudu)
  • Tepung jagung

Cara-cara

1. Bersihkn udang, tglkn kulit d bahagian ekor je.. (tp kalo nak kasi bogel udang tu pun boleh gak.. hehehe)

2. Kisar bawang putih, lada itam+lada putih , telur.. Masukkn sekali garam n ajinomoto ke dalamnya..

3. Masukkan udang tadi ke dalam bahan yang telah di kisar. biarkan sekejap (supaya dapat serap rempah2 td)

4. Ambil udang satu persatu dan golek pulak kt dalam tepung jagung tadi.. dan kemudian goreng sampai kekuningan..





Jus tembikai laici (ni resepi hb)


Bahan- bahan (untuk 1 jug)

Sebelah tembikai merah
1 tin laici 
ais secukup rasa
gula
sirap nak bagi pekat lagi warna merah tuh
setengah jug air masak

Cara2
1. isi tembikai dipotong kiub dan diblender bersama gula dan sedikit air
2. isikan dalam jug
3. titikkan sirap ikut kepekatan yg disukai
4. tuangkan satu tin laici kedalam jug dan kacau
5. letakkan ais
6. Sedia untuk diminum
7. kalo nak buat masa berbuka, letak lar gula sedikit sahaja dan standy air gula kat sebelah..bila dah masuk waktu berbuka, rasa lar dulu..kalo tak manis leh tambah air gula


Bubur Pulut hitam

Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara
  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.


* Semua resepi diolah dari resepi asal yg diambil dari myresipi.com kecuali air tembikai laici..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...