My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, October 28, 2010

Chinta part 3 plak....

Selepas kematian amar chinta meneruskan kandungan nya yang kian membesar...Chinta mengandungkan anak fakri...Asalnya chinta mahu membuang bayi itu tetapi di pujuk oleh osman dan amar yg mengatakan bayi itu tidak berdosa...Selepas melahirkan bayi itu chinta mengarahkan agar bayi itu di hantar kemana2 dan yg pasti dia tidak mau ada kaitan dengan bayi itu...Chinta hilang arah dan pedoman untuk hidup...Setiap hari menangisi nasibnya sehingga beberapa bulan berlalu dia tekad untuk bangkit dan melupakan segalanya...

Ibu chinta telah di pelawa tinggal bersama oleh  adik dan adik iparnya yg ada muslihat bagi merebut harta peninggalan ayah chinta di kampung..Apabila mendapat tahu yg rumah dan tanah pusaka itu tidak bernilai tinggi, mereka telah melayan ibu chinta seperti beban pada mereka...

Chinta kembali ke perangai lamanya bertemu dgn seorang datuk, dan pada masa yg sama turut di langani anaknya...Tanpa di ketahui oleh chinta anak datuk itu memerangkapnya dgn tangkapan khalwat...Chinta yg berang dgn tindakan anak datuk itu  menghalau nya dari rumah..selepas anak datuk beredar, chinta menerima tetamu yg tak disangka2...

Tetamu itu adalah abg ghani...Abg ghani emmbawa berita yg osman kabilah dalam keadaan nazak sekarang kerana mengidap kanser...Semasa melawat osman tiba2 muncul seorang anak kecil berumur 5 thn yg juga bernama Chinta..Melali abg ghani barular chinta mendapat tahu yg slama ini osman telah membela naak chinta sbg anak angkat...Selepas kematian osman, chinta berharap supaya dapat menjaga semula anaknya tetapi hatinya berbelah bagi...Dia dalam dilema apabila merasakan dirinya yg kotor tidak layak utk menjadi seorang ibu...Osman telah mewasiatkan 80% daripanya hartanya utk kebajikan dan 20% lagi diagihkan kepada anak chinta dan pekerja2 nya...

Muncul karekter saadatul saadiah lakonan faradhiya yg tersepit diantara ikin (kawan baik) dan tunang ikin yg mencintainya...Saadatul kehilangan ikin yg mengangap dia sebagai perampas dan penghancur kebahagiaannya...Saadatul yg tidak mahu terus menjadi punca keretakan hubungan ikin telah bersetuju utk berkahwin dgn sesiapa sahaja pilihan ibu bapanya...Pada masa yg sama ibu bapa rasul juga mahukan anak mereka berkahwin telah merisik saadatul dirumahnya..

Chinta hadir ke mahkamah bg prosiding kes khalwat yg dihadapinya..Disana dia diserang oleh Isteri datuk, pn maimon dgn simbahan asid tetapi dpt ditepis oleh rasul dan terkena farhan (anak pn. maimun). Prosiding di tangguhkan kerana farhan cedera...Akibatnya farhan berkemungkinan akan buta...

Ibu chinta telah disuruh mengemas pakaian oleh adik dan adik iparnya untuk dihantar kerumah org tua selepas tidak tahan dgn keadaan ibu chinta yg sering sakit2....Chinta di panggil ke balai polis bagi pengecaman mayat seorang wanita mangsa ragut kerana wanita itu memeluk erat sebuah buku skrap yg mengandungi puluhan keping gambar chinta...Chinta yg tidak mempunyai odea siapakah wanita misteri itu memohon utk melihat wajah wanita malan itu.. Chinta meraung apabila mendapati wanita itu adalah ibunya..

Dalam keadaan yg marah chinta telah menjerit2 dihadapan rasul menyesali dan menyalahkan takdir yg menimpanya...Chinta di pinta mengucap oleh rasul tetapi chinta tetap memaki hamun dan tidak percaya pada tuhan lagi...Rasul hilang kawalan lalu menampar chinta...*Chinta terkedu berlinangan air mata, memeluk rasul dan rasul hanyut dalam godaan chinta...*

*Babak yg nih aku tak pasti betul2 berlaku ataupun rasul bermimpi..

Makcik chinta telah membunuh pakcik chinta selepas bertelagah tentang siapa yg menyebabkan ibu chinta mati..Ibu bapa rasul dan saadatul telah mengaturkan pertemuan bagi menjodohkan anak mereka..Sekiranya mereka berdua bersetuju, perkahwinan akan bakal dilangsungkan... Chinta sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian rasul apabila dia telah mengupah seorang lelaki utk melemparkan batu kearahnya...Chinta berjaya dgn misinya apabila rasul menghantar chinta ke hospital utk rawatan...
Saadatul bersetuju menerima rasul tetapi rasul masih dalam dilema antara saadatul saadiah atau chinta chanduri...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...