My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, October 28, 2010

Esok saya bercuti...

Esok ada aktiviti rahsia yg perlu dilakukan oleh kami suami isteri...anak akan di post ke taska atau diangkut skali terpulang pada keadaan dan apa jenis aktiviti yg bakal di jalankan..Apa2 pun slamat berhujung minggu semua..
Ari sabtu bakal berkampung di rumah mama sebab mama wat kenduri dan ari ahad berkampung  kt rumah berkemas segala...

Chinta part 3 plak....

Selepas kematian amar chinta meneruskan kandungan nya yang kian membesar...Chinta mengandungkan anak fakri...Asalnya chinta mahu membuang bayi itu tetapi di pujuk oleh osman dan amar yg mengatakan bayi itu tidak berdosa...Selepas melahirkan bayi itu chinta mengarahkan agar bayi itu di hantar kemana2 dan yg pasti dia tidak mau ada kaitan dengan bayi itu...Chinta hilang arah dan pedoman untuk hidup...Setiap hari menangisi nasibnya sehingga beberapa bulan berlalu dia tekad untuk bangkit dan melupakan segalanya...

Ibu chinta telah di pelawa tinggal bersama oleh  adik dan adik iparnya yg ada muslihat bagi merebut harta peninggalan ayah chinta di kampung..Apabila mendapat tahu yg rumah dan tanah pusaka itu tidak bernilai tinggi, mereka telah melayan ibu chinta seperti beban pada mereka...

Chinta kembali ke perangai lamanya bertemu dgn seorang datuk, dan pada masa yg sama turut di langani anaknya...Tanpa di ketahui oleh chinta anak datuk itu memerangkapnya dgn tangkapan khalwat...Chinta yg berang dgn tindakan anak datuk itu  menghalau nya dari rumah..selepas anak datuk beredar, chinta menerima tetamu yg tak disangka2...

Tetamu itu adalah abg ghani...Abg ghani emmbawa berita yg osman kabilah dalam keadaan nazak sekarang kerana mengidap kanser...Semasa melawat osman tiba2 muncul seorang anak kecil berumur 5 thn yg juga bernama Chinta..Melali abg ghani barular chinta mendapat tahu yg slama ini osman telah membela naak chinta sbg anak angkat...Selepas kematian osman, chinta berharap supaya dapat menjaga semula anaknya tetapi hatinya berbelah bagi...Dia dalam dilema apabila merasakan dirinya yg kotor tidak layak utk menjadi seorang ibu...Osman telah mewasiatkan 80% daripanya hartanya utk kebajikan dan 20% lagi diagihkan kepada anak chinta dan pekerja2 nya...

Muncul karekter saadatul saadiah lakonan faradhiya yg tersepit diantara ikin (kawan baik) dan tunang ikin yg mencintainya...Saadatul kehilangan ikin yg mengangap dia sebagai perampas dan penghancur kebahagiaannya...Saadatul yg tidak mahu terus menjadi punca keretakan hubungan ikin telah bersetuju utk berkahwin dgn sesiapa sahaja pilihan ibu bapanya...Pada masa yg sama ibu bapa rasul juga mahukan anak mereka berkahwin telah merisik saadatul dirumahnya..

Chinta hadir ke mahkamah bg prosiding kes khalwat yg dihadapinya..Disana dia diserang oleh Isteri datuk, pn maimon dgn simbahan asid tetapi dpt ditepis oleh rasul dan terkena farhan (anak pn. maimun). Prosiding di tangguhkan kerana farhan cedera...Akibatnya farhan berkemungkinan akan buta...

Ibu chinta telah disuruh mengemas pakaian oleh adik dan adik iparnya untuk dihantar kerumah org tua selepas tidak tahan dgn keadaan ibu chinta yg sering sakit2....Chinta di panggil ke balai polis bagi pengecaman mayat seorang wanita mangsa ragut kerana wanita itu memeluk erat sebuah buku skrap yg mengandungi puluhan keping gambar chinta...Chinta yg tidak mempunyai odea siapakah wanita misteri itu memohon utk melihat wajah wanita malan itu.. Chinta meraung apabila mendapati wanita itu adalah ibunya..

Dalam keadaan yg marah chinta telah menjerit2 dihadapan rasul menyesali dan menyalahkan takdir yg menimpanya...Chinta di pinta mengucap oleh rasul tetapi chinta tetap memaki hamun dan tidak percaya pada tuhan lagi...Rasul hilang kawalan lalu menampar chinta...*Chinta terkedu berlinangan air mata, memeluk rasul dan rasul hanyut dalam godaan chinta...*

*Babak yg nih aku tak pasti betul2 berlaku ataupun rasul bermimpi..

Makcik chinta telah membunuh pakcik chinta selepas bertelagah tentang siapa yg menyebabkan ibu chinta mati..Ibu bapa rasul dan saadatul telah mengaturkan pertemuan bagi menjodohkan anak mereka..Sekiranya mereka berdua bersetuju, perkahwinan akan bakal dilangsungkan... Chinta sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian rasul apabila dia telah mengupah seorang lelaki utk melemparkan batu kearahnya...Chinta berjaya dgn misinya apabila rasul menghantar chinta ke hospital utk rawatan...
Saadatul bersetuju menerima rasul tetapi rasul masih dalam dilema antara saadatul saadiah atau chinta chanduri...

Saturday, October 23, 2010

Chinta part 2....

Edy telah mewasiatkan Chinta holding (sy model yg ditubuhkan khas utk chinta) kepada chinta dan harta yg lain kepada mayang... chinta berkenalan dgn seorang jutawan yg mempunyai pengaruh kuat dalam kegiatan kongsi gelap dan samseng iaitu osman kabilah...Osman yang mempunyai konco2 sekitar ibu kota yg membuatkan ramai pesaingnya menjadikan chinta sbg tempat utk membalas dendam...Chinta dikawal ketat oleh 2 orang bodyguard setia osman iaitu abg ghani dan apa ntah lagi sorang namanya...

Partner abg ghani telah membelot dgn mengugut abg ghani dirumahnya bersama isteri...Amar pemuda kg yg bekerja di kedai pakciknya dgn gaji RM15.00 sehari membantu menyelamatkan abg ghani dari pembelot itu...Amar yg mempunyai kemahiran mempertahankan diri dilihat oleh abg ghani sbg org yg layak menjaga keselamatan chinta aka partner barunya...Osman kabilah setuju menggaji Amar dgn bayaran RM6000 sebulan..Makan dan tempat tinggal disediakan...tugas mereka hanya sebagai driver dan pengawal chinta...

Fakri yg dibebaskan awal 5 thn dari penjara telah keluar mencari chinta dgn bantuan seorang chinese yg dikenali dalam penjara...osman telah byk kali melamar chinta tetapi chinta telah meletak syarat sejak awal untuk tidak terikat dgn sebarang komitmen...Chinta hanya mau menyayangi tetapi tidak untuk mencintai...

{Aku nih kalo watak yg tak brapa glamer amat sukar nak ingat namanya...harap korang faham yer...}

Chinta yg sering bertemu dgn amar mula membuka pintu hatinya untk menerima cinta tetapi dirahsiakan isi hatinya..Begitu juga amar mula jatuh cinta pada chinta tetapi tidak pernah mengambil kesempatan mengenangkan tugasnya dan kebaikan hati osman kabilah

Fakri berjaya menjumpai chinta dan mahukan chinta menerimanya sebagai suami...tetapi chinta dgn angkuhnya menolak lamaran fakri menyebabkan fakri marah dan mengugut akan memberitahu keluarga chinta di kg tentang kegiatan chinta slama ini...Chinta terpaksa merelakan dirinya di tiduri oleh fakri...Osman kabilah yg mendapat tau tentang hal ini telah menyerbu rumah chinta keesokan harinya...Fakri telah dibelasah dan diberi amaran supaya tidak mengganggu chinta lagi...Chinta yg terkejut dgn kata2 osman yg mengulang setiap bait pertuturan fakri semasa berada dirumahnya mula mengesyaki sesuatu...lalu Chinta terpandang kamera CCTV yg tersembunyi di sebalik langsir rumahnya...Chinta rasa dirinya ditipu dan menganggap osman tidak percaya padanya...Chinta telah berfikir semalaman dan membuat keputusan utk berpisah dgn osman tetapi masih mau berkawan...Osma kabilah redha dgn keputusan chinta setelah penat memujuk chinta...Chinta keluar dari hidup osman kabilah tanpa mengambil walau 1 sen pun harta nya...

...Amar yang tidak mau terus bersubahat dgn kegiatan jahat osman kabilah telah meletak jawatan...Abg ghani memujuk chinta supaya mengambil amar sbg bodyguard....Chinta membawa diri bercuti bersama Amar...tiba2 chinta dikejutkan dgn berita kematian bapanya...

Chinta balik kekampung dan telah dihalau oleh ibu chinta yg tak boleh menrima hakikat chinta lah punca kematian suaminya..Bapa chinta meninggal kerana diserang sakit jantung selepas mendapat berita dari fakri bahawa chinta menjadi perempuan simpanan osman kabilah...Chinta yg amat sedih dgn kematian ayahnya dan dibuang ibunya telah kembali ke kuala lumpur...Amar lah tempat chinta mengadu dan tempat chinta berpaut...Sehinggalah chinta meluahkan rasa hati pada amar...Osman telah menwarkan RM2 juta kpd abg ghani supaya memujuk chinta menerima lamarannya...

{Masa nih aku tak tau samaada amar menolak atau ada hal lain tetiba chinta terima lamaran osman kabilah...}

Chinta sengaja terima lamaran osman bg membuatkan amar cemburu...Amar meletakkan jawatan dan meninggalkan rumah chinta...Chinta diculik oleh fakri dgn bantuan 2 rakannya...Salah seorang rakan fakri dibunuh oleh fakri menyebabkan seorang lagi rakannya berpaling tadah lalu memberi maklumat kpd osman kabilah...

Abg ghani menghubungi amar bg memberitahu keadaan chinta yg diculik fakri..Amar dtg menyelamatkan chinta tp malangnya amar di tembak sehingga beliau koma...Chinta setia menemani amar di hospital setiap hari..Abg ghani berterus terang dgn osman bahawa chinta dan amar saling menyintai ttp memasing memendam rasa kerana osman kabilah...Osman berjaya memujuk chinta utk berkahwin dengannya dan tak disangka amar sedar dari koma....Dihari perkahwinan mereka, osman telah bercakap dengan chinta dari hati ke hati...Chinta mengakui dia menyintai amar dan osman kabilah merelakan kerana tak sanggup melihat chinta menderita...

Chinta pergi ke hospital dan memberi khabar beritagembira pd amar...Mereka buat keputusan utk menikah sejurus selepas amar pulih dan keluar dari hospital...Pada hari pernikahan mereka, seblom sempat amar sampai kerumah chinta, fakri nekad melanggar amar yg pada masa itu duduk di tempat blakang kereta yg dinaiki...Chinta yg terkejut melihat kemalangan itu pengsan...apabila sedar dia di hospital dan mendapati fakri telah mati dan begitu juga amar...Chinta memarahi osman dan menuduh osman lar punca kematian amar...Chinta tidak percaya pada takdir tuhan...Dia menyalahkan osman kerana tidak memberitahunya lebih awal ttg amar yg cintakannya....

sambung lagi ek....nak tido dah

Friday, October 22, 2010

Tag dari cik kebomm...1st time kena tag nih

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....

-penah jadi rakan karib suatu masa dulu...skang pun karib lagi cuma slalu tak berkesempatan nak berjumpa..

-sangat peramah bila jumpa orang...ada jer cerita nak di kongsikan sampai kan berebut2 nak bercakap...tak tau saper yg dengar..

-sangat suka berjalan2..kalo masa opis kat jalan duta dulu, ari jumaat mesti kuar jenjalan....kalo tak sogo Jalan TAR

- teman bergosip yg hangat2...kalo tak hangat bukan cik keboom lar namanya....

-skang dia dah jadi budak baik....tempat keje baru...kawan pun baru...baru2 nih jumpa menten vogue...hahha...

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

- suka berpesbuk dan blogging di waktu lapamg..ada ker waktu lapang..curik2 waktu gak

- addict nescafe sampai kan kalo tak dapat waima secawan mesti sakit paler yg kalo dah sakit minum nescafe 1 liter pun tak bleh baik..dan ubatnya uphamol 650 melegakan sakit kepala dgn 1 tablet sajer

- sangat suka makan so that badan pun makin sihat walafiat...Alhamdulillah...Terbaru skali siap ngan pakej suka makan dan masak...telah cuba bermacam2 resepi dgn jayanya....

-abah saya china, hb sy keturunan pakistan dan anak saya campuran pakistan, china dan melayu...

-pegi balik keje ngan hb sebab 1 opis mesti nak cakap2 dalam kete...kalo senyap jer itu maknanya kami tgh bermasam muka...kalo banyak cakap itu perkara biasa....cakap tak henti2 sampai lar kt opis...hb pun layan jer...

-ada sorang anak dara bernama batrisyia yg skang nih dah nak masuk 2thn setengah...sgt baik dan mendengar kata budaknya..tak caya try jaga dia seharian....
-suka gi shopping tapi tak suka jalan jauh2...lebih rela shopping dalam satu hypermarket drpd jalan2 kat jalan TAR....bukan apa...takut terpengsan tgh jalan jadi 1 keje plak org nak angkat....

- suka karaoke wpun ku sedar suara ini hanya merdu sket jer dari suara itik nila...jadi tak pernah nak take part dlm apa2 pertandingan wpun Jangan lupa lirik...takut jap gi menanah telinga org dgr...dapat lak hb pun suka karaoke gak..seronok la...Dulu slalu pegi gak masa bujang...dah ada anak nih susah sket la...Diantara member sekepala berkaraoke adalah cik keboom sendiri...

- Skang sedang berusaha utk menjadi hamba Allah yg terbaik, isteri solehah, ibu mithali, anak yg soleh dan kawan yg friendly serta jiran yg ramah...hahahha...

-sy menulis dgn tangan kiri, masak dgn tgn kiri, makan jer dgn tgn kanan....tp kalo pakai sudu nak pegang tu pakai tgn kiri gak...kalo pakai tgn kanan takut tersuap ke telinga plak...dah 10 dah eh...ok...


3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
cik kebommm...boleh ker aku tag ko balik kak...hahah
ibuharitharissa....niza nih lama dah tak update blog
kak zue...lama tak jumpa ek
siti.....akak tau ko bz ngan exam...tp ko free layan ler tag ni ek
sekian...

Thursday, October 21, 2010

Chinta......


Drama akasia Chinta yg menghiasi kaca TV3...setiap petang isnin - khamis...
Aku mengikuti cerita nih dari episod pertama lagi....Dah lama aku tak mengikuti drama sambung2 camni...aku lebih suka cerita habis aritu gak mcm cerekarama...drama berepisod ni tu lar payahnya...nak kena tgk slalu..kalo astro ada gak ulangan mcm citer Lagenda budak setan..kalo tak dapat tgk yg ari selasa aku akan tgk ari jumaat tak pun weekend...
tapi citer nih kt tv2...memang tak der ulangan...So kena tgk lar....Slalunyer aku lipat baju atau iron baju masa tgk citer nih...Sekurang2 nya ada gak keje yg dibuat selain tgk tv...

Bagi sesaper yg tak tau citer ni,,,,ia mengisahkan seorang gadis yg bernama chinta(fasha sandha) dibesarkan dalam keluarga yg sederhana...mempunyai ayah yg cukup tegas bab agama...tetapi ayahnya berat sebelah...slalu memarahi chinta tanpa sebab dan sering menyebelahi abg chinta (azhar sulaiman)....ibu nya lar tempat chinta mengadu...Chinta mempunyai seorang rakan karib yg baik dgnnya bernama mustika...Mustika meminati abg chinta dari kecil...

Sehingga lah dewasa chinta masih berada di kampung..menjadi kegilaan pemuda di kg...Boleh katakan saban minggu ada sajer org datang meminang...tetapi chinta ada buah hati bernama fakri yg sedang belajar di universiti...dalam diam mustika juga menaruh hati pada fakri...

Sehinggalah sati hari seorang org kaya di kg itu berhasrat memperisterikan chinta sedangkan dia telah mempunyai 4 org isteri..Abg chinta mahu memperisterikan mustika setelah mustika menyerahkan 'segala' miliknya..tetapi niatnya dihalang oleh ibu mereka kerana abg chinta tidak bekerja...Bapak mustika meletakkan hantaran yg tinggi bg syarat utk mereka berkahwin...Abg chinta memutuskan utk merompak rumah org kaya itu..Tanpa diketahui olehnya org kaya tersebut ada mengamalkan ilmu pendinding dimana sekiranya ada pencerobohan di rumahnya maka org itu tidak jumpa jalan keluar...

Abg chinta ditangkap dan diugut agar membantu org kaya memiliki chinta sekiranya tidak mau rahsia terbongkar..Abg chinta yg hilang beberapa hari kerana terkurung di rumah org kaya mereka cerita kononnya dia diculik bunian...Abg chinta dgn bantuan mustika telah menjerat chinta dan menghantar chinta ke hotel utk 'santapan' org kaya setelah ibu bapa chinta menyuruh keluarga fakri masuk meminang..

Abg chinta telah merakam aksi ranjang org kaya lalu mengugut org kaya supaya memberikan wang bg menutup  mulut...Chinta yg trauma dgn kejadian rogol itu menjadi seperti mayat hidup..berkurung dlm bilik dan menangis..Chinta mengamuk apabila abgnya dan mustika dtg melawat...
Chinta yg masih memendam rahsia didatangi oleh fakri semasa ibu bapa chinta menghantar rombongan merisik mustika...Fakri dtg kerana dia mendapat sekeping gambar (gambar chinta dan org kaya) yg dikirim oleh mustika...fakri meminta penjelasan chinta ttg gambar itu..Akibat tidak berpuas hati dgn jawapan yg diberikan chinta menyebabkan fakri mengambil kesempatan merogol chinta...

perbuatan fakri diketahui oleh keluarga chinta..Chinta yg trauma sekali lagi menjadi hampir gila...ibu chinta yg mengesyaki sesuatu telah mendesak chinta supaya menceritakan segalanya..Akhirnya chinta akui yg dia dijual oleh abg nya sendiri kepada org kaya tersebut...Mak chinta memaki hamun abg chinta menyebabkan abg chinta bercdg utk melarikan diri dan mahu meminta wang yg byk dari org kaya buat kali terakhir...Kerana tidak tahan dgn ugutan , org kaya bertindak menembak abg chinta sehingga mati...

Mustika ditahan polis bagi membantu siasatan tentang peras ugut org kaya dan pembunuhan abg chinta...mustika dibebaskan dari tahanan apabila ibu bapa chinta merayu agar chinta menafikan pembabitan mustika dlm jenayah rogol itu... Mustika masih tidak berubah apabila dia menjaja cerita kepada org kg tentang mangsa rogol org kaya iaitu chinta...Mustika yg dari kecik berangan utk kawen dgn org kaya telah hilang rasa malu apabila cuba memikat anak teruna yg datang ke kedai runcitnya...Akibat rasa cemburu dgn chinta menyebabkan mustika dtg kerumah chinta memaki hamun dan mengakui yg dia bersubahat dgn abg chinta mengugut org kaya tanpa menyedari ibubapanya turut berada dlm rumah chinta..Mustika lari ketakutan apabila rahsianya terbongkar meluru kejalan raya dan dilanggar oleh lori dan mati di tempat kejadian...

Fakri menyatakan hasrat mau bertanggungjawab diatas perbuatannya merogol chinta dgn mengahwini chinta...tetapi chinta menolak pinangan fakri..Fakri membuat pengakuan di surau mengatakan dialah yg merogol chinta bg mengelakkan bapak chinta menghukum chinta (rotan 100 sebatan di khalayak ramai)..fakri yg bersungguh2 mau dihukum bg mengelakkan chinta dihukum telah dibawa ke balai polis dan selepas perbicaraan fakri dijatuhkan hukuman penjara 10 thn dan sebatan...

Chinta berkurung dalam bilik tidak mau makan dan tidak mau solat menyebabkan bapaknya mengeluarkan kata2 ' kalo chinta tak mau solat, chinta keluar dari sini'...keesokan harinya chinta melarikan diri ke ibu kota Kuala Lumpur...Disana dia telah menanggalkan tudung dan meninggalkan telekung didalam masjid...chinta sudah tidak mau buat kebaikan lagi kerana padanya tuhan tidak berlaku adil padanya...

Chinta bertemu dengan seman @ rudy seorang pekerja di sebuah syarikat modeling...melalui rudy, chinta mendapat alamat ke studio modeling mayang (natasha hudson) dan menumpang dirumah  makcik  cleaner..mayang mempunyai adik lelaki bernama edy yg slalu berpoya2 dan sgt sosial...Edy jatuh cinta pandang pertama pada chinta...

Chinta ambil bhg dalam pencarian model sy itu tetapi disebabkan tiada pengalaman, chinta di tolak mentah oleh mayang..wpun chinta mempunyai wajah raut yg jelita...Edy menawarkan kerja kepada chinta sbg setiausaha ker aper benda ntah...tp jawatan penting lar..bg memudahkan edy menekatkan diri pada chinta...tanpa pengetahuan mayang, edy meletakkan nama chinta sbg shortlisted model yg akhirnya pelanggan iaitu seorang datuk memilih chinta sbg duta produk...Chinta menandatangi perjanjian dgn datuk tersebut dan datuk tersebut juga mempunyai niat lain selain kerjaya model sahaja...Chinta menjadi pelacur kelas atasan dgn bantuan rudy...

mayang yg mengesyaki sesuatu mendapatkan kepastian dari rudy dan rudy menafikan sambil bersumpah sekiranya dia masih buat kerja lama (membekalkan model kepada pelanggan sbg pelacur) maka dia akan disambar petir...Edy semakin menggilai chinta sehingga mahu mengambil chinta sbg isteri wpun di tentang oleh mayang..Ia adalah kerana pada pdgnan mayang chinta hanya mahu ambil kesempatan keatas edy dan kontrak model chinta melarang chinta menikah dlm masa 2 thn..tetapi chinta boleh bertunang maka mereka pun bertunang...

Edy mendapat tau tentang chinta yg curang padanya menyebabkan dia mengamuk dan memutuskan perhubungan dgn chinta..Chinta mengadu pada rudy tentang hal itu dan rudy di sambar petir..Pada malam yg sama selepas keluar dari apt chinta, edy telah dilanggar oleh datuk yg kecewa kerana chinta menolaknya utk bersama lagi...Datuk yg rasa bersalah dgn keadaan itu telah menembak kepalanya sehingga mati...

Selingan: ramai tul yg mati masa nih bg mematikan watak2 tersebut...aku ada tergelak sket masa rudy mati...heheh..


ok sambung balik...esok lar kot..letih dah ni...nak sambung wat keje balik...

Wednesday, October 20, 2010

Ikhtiar terakhir......

Isnin lepas balik keje aku dah beli 'sanjin' dari watsons utk di sapu pd gusi yg bengkak..memula ok lar berangin jer..pastu sakit balik...uabt tahan sakit dah tak tertelan dah...kumur2 air garam nak dekat habis dah garam kt dapur nih...apa lagi aku tak buat...menangis..???dah meleleh dah air mata..sakit tak kurang jugak...Semalaman tak leh tido...dan pagi smalam aku mintak hb hantarkan aku ke klinik...klinik biasa (sebab aku ingat ada gigi baru nak tumbuh dan aku just nak mintak MC dan ubat so that aku bleh berehat kt umah)...hehe...aku call deqla sebab dia keje kt klinik gigi...dia kata 'apekejadahnya aku pegi klinik biasa...gi klinik gigi ler'...heh..takleh ker..sama gak klinik jugak...

Aku pegi lar klinik kesihatan nilai...dan aku diberitahu yg klinik gigi ada kul 2pm-5pm jer...apekehalnyer...aku ngan hb pun ronda2 cari klinik gigi..jgnkan kata nak berubat, klinik nyer pun takder
kitorang pun lari balik umah google 'klinik gigi bandar baru nilai'...takder gak...paling dekat pun seremban @ putrajaya...siap2 gi putrajaya lak...gi presint 8...klinik gigi izra...kena wat appoinment lak...aduyai..dia ada 3 cust yg tgh tunggu giliran...paling cepat pun 4.30pm baru leh cek...bincang2 ngan hb kiter gi klinik kesihatan putrajaya jer la...

Pegi2 jer punya lar ramai org....ni mau kul 5 pm br sudah nih...gigi masih berdenyut2 lagi...amik nombor segala..tak sampai sejam sampai dah giliran aku...Doc ckp gigi atas nih blakang skali tu ada lubang nak kena cabut..tp sebab gusi bengkak dia bg ubat tahan sakit dan antibiotik utk surutkan bengkak...lepas seminggu kena datang cabut....dan yg bestnya aku dpt MC...apa tidaknya nak dekat kul 12 br settle sumer...time kasih klinik pergigian putrajaya...Service mmg cepat wpun org sgt ramai...

kalo ku tau ini kesudahannya,, jumaat aritu lg aku dah pegi jumpa dentist...tu lar penakut sgt kan...padan muka aku...So aku dpatkan ubat kt farmasi..Dia bg paracethemol utk tahan sakit dan antibiotik...

So nasihat aku kepada merka2 yg bakal sakit gigi..kalo berlarutan tu cepat2 lar jumpa dentist..takder apa pun yg nak ditakutkan...dia cek dan bgtau condition kiter camana...kalo tak jumpa dentist aku asik lar dok ingat gigi bongsu nak tumbuh...(dah tua ada ati nak tumbuh gigi)...rupa2nya gigi berlubang tp apesal aku tak perasan pun,,,mungkin jauh sgt kot...gigi byk tp mulut kecik...hahaha....

Arini aku dah kembali bekerja..dah makan ubat tu Alhamdulillah kurang lar sakit...wpun berdenyut2 tapi tak ler sakit macam aritu...rasa cam ada degupan jantung jer kt gusi aku nih...posting nih takder gambar sebab takder mood nak amik pic dgn pipi tembam sebab gusi bengkak...eh...sebab gusi ker...bukan mmg macam tu ker...hahaha..sila abaikan

thanks ummiabbiqisadhwa for the present....


Ingat lagi tak contest ni...ari sabtu lepas aku telah terima hadiahnya...Time kasih pada ummiabbiqisadhwa sebab poskan hadiah ni...




 hadiah telah sampai

 ni hadiah utk hb...utk aku pun ada gak tp kaler pink...

 one drop perfume yg mmg wangi

legging from busha...

Aku seronok sgt sebab ni contest pertama yg aku join..Selain tu ada 2 contest lagi tak menang...skang aku tak sempat dah nak join contest nih...busy...heheh...

Monday, October 18, 2010

Sakit gigi ker sakit gusi...Aduyai...apa2 jer la

Slalu kalo sakit camni mesti org kata sakit gigi padehal gigi tu tak sakit pun...yg sakit adalah gusi dimana tempat gigi itu bertenggek...ntah apa puncanya, start dari minggu lepas lagi gusi belah kiri nih atas bawah asik berdenyut2...apa yg aku buat adlah berehat, makan ubat beli kat farmasi, kumur air garam dan menangis....
kenapa menangis...????sebab aku tak tahan sakit..bila sakit rasa nak nangis...So nangis jer la..itu tak menghilangkan sakit tapi boleh meredakan hati yg lara sebab sakit...heh....Dan hb lar tempat merengek...ok..suami ku sila tabah menghadapi dugaan yer...

bila sakit gusi nih mula lar rasa cam nak makan org padehal jgn kan nak makan org, nak makan kentang goreng pun azab...leh makan benda lembik2 jer..tu pun tak kunyah main telan jer...tapi selera makan tetap menten...kena makan pelan2 dan sopan santun...

Gigi tak de lubang pun..mungkin sebab byk makan benda keras like kerepek ataupun byk membebel (ni teori hb)....tu yg cam malas jer nak gi jumpa dentist...masa sakit ni lar si batrisyia asik lar nak main tampar2 pipi lar..nak cubit2 pipi kiter la...sakitnyer berdenyut2...kejap elok kejap gi lega...ni pun tgh sakit lagi nih...

Aku pun google ler 'petua hilangkan sakit gusi'...dan aku dapat petua

1. kumur air garam dan letak kan garam kt gusi 5 minit
2. letak marjerin
3. guna ubat gigi Dr rodzi
4. beli ubat cina nama'sanjin'

jap gi balik aku try..kalo tak ok gak..last ikhtiar...jumpa dentist ler...

Reunion of the year...

Ahad 17 okt iaitu smalam berjaya jugak aku bertemu ngan member sekepala masa study kat Uitm dulu...Sepatutnya kitorang jumpa minggu lepas tp disebabkan tuan rumah ada program lain terpaksa lar di tunda ke semalam..

Member aku nih dok kat Shah Alam...so kitorang decide nak kumpul kt umah adina...di seksyen 2..Aku penah dtg umah dia 8 tahun sudah...tak ingat dah lama sgt...Dapat lak org yg bawak lagi lar tak ingat...Punya lar bersemangat pepagi lagi dah kemas2 segala..packing2 brg macamkan nak bermalam kt sana...Asalnya 6 org yg kena dtg termasuk tuan rumah...tp 2 orang ada hal..so jumpa 4 org jer la...Adina, aku, dilla dan yan..padahal yan aku dah jumpa minggu lepas...hahaha

8 taun kan tak jumpa maka2 mcm benda nak cerita..berebut2 nak bercakap..tak tau saper yg dengar...


 pakai baju kurung you...

 ini dia dillot yg 8 thn tak jumpa

 yan dan anak2 yg minggu lepas baru jumpa tp bila salam macam 10 thn tak jumpa
 aku , yan dan adina...ngan adina nih 3 thn tak jumpa sebab masa kawen aku dia ada dtg

 Actually kitorang  konon2 nak surprisekan yani (tak dtg) sebab besday dia 14 okt lepas...skali dia yg wat surprise dgn meng'absent'kan dirinya...lama tul tak guna perkataan 'absent' nih..perkataan yg giat digunakan masa study dulu...bila dah keje nih kiter guna perkataan EL @ MC...maksudnya sama jer malas dtg keje@ kuliah

 masa menyuapkan anak2...

 Kitorang sedang menjamu selera sedangkan kaum bapa ke masjid utk solat zuhur...hahaha

 ayunyer potong kek

 kaum bapa sudah pulang tp apesal kaum ibu tak sudah2 makan nih...musykil

 tambah bang jgn tak tambah

 hidangan enak dan lazat serta berkhasiat disediakan oleh keluarga Adina...time kasih makcik dan pakcik...sodap amek..

 sempat lagi pose gila glamer

hepi besday yani...sedap tul kek nih...

pose khas buat tatapan sod dan yani...

Lepas abis makan posing2 maut segala...hb aku gi taman bwk anak, hb yan lak gi USJ...maka bermaharajalela lar kitorang bercerita, bergosip mengimbau kenangan lalu...kenakalan kitorang yg ish kalo diingatkan balik mcm tak caya kitorang boleh berubah dan matang mcm skang nih...

Pada pandangan aku kan kalo nak wat reunion mesti lar dalam jumlah yg kecil..kalo ramai2 nak kena amik masa 2 ke 3 ari baru leh beramah mesra ngan sumer org...
time kasih pada Adina sekeluarga kerana sudi menyediakan makanan yg sodap utk jamu kitorang...kepada yan dan dillot..time kasih gak kerana sudi luangkan masa bersama2...walaupun dapat jumpa dalam masa tak sampai 3 jam tp pertemuan ini sungguh bermakna...Mohon maaf pada yan sebab batrisyia dok menyakat si Abira..kesian Abira...Slalu dia tak macam tu...Aduyai...serba salah dibuatnya...

Apa2 pun lepas nih keep in touch...InsyaAllah kalo ada rezeki dan kelapangan boleh wat lagi perjumpaan macam nih...


Friday, October 15, 2010

Aku dah lama tak bersiaran sebab....

1. keje sangat banyak kt opis
2. kat umah tak sempat nak on9 sebab anak kacau..anak dah tido hb lak kaco...lagipun aku masak ari2 kan..tak sempat nyer
3.komp opis asik hang jer..nak upload gambar tak bleh..rasa cam tak lengkap jer tulis entri tanpa gambar..cam tak berseri...heh..

Dan penyelesaiannya aku telah mintak CC tukarkan komp aku ke komp baru, dan aku dah dpt...hahaha...dah 2 hari aku wat keje sambil copy data dari komp lama ke baru..dah lar pendrive 4gb jer...berkali2 gak aku transfer baru selesai...itupun jenuh delete gambar yg aku rasa takder sentimental value pada aku...tgh dok delete2, belek2 tuh baru aku perasan ada 1 video yg hb dedikasi kan utk aku tp aku tak penah view...
Dalam video slama 45 saat tu dia siap bg pesanan yg dia belikan aku kamera nih utk rakamkan detik2 suka dan duka kami sekeluarga...Aku beli kamera nih 2 bulan lepas aku kawen...

Skang nih aku tgh dengar pembentangan bajet...Agak PM nak bg bonus tak???

kalo takder bonus aku kena lar paksa korang beli benda nih..wangian baby dari avon...
beli 1 RM 10.50
kalo beli 2 RM 18.50 (jimat 2.50)
kalo beli 3 kira sendiri lar baper...hahaha


Tuesday, October 12, 2010

Mohon doakan blogger nih..

Aku tak pernah jumpa pun blogger nih tapi aku cukup suka baca setiap entry dia..walaupun selamba tapi menghiburkan...Skang beliau berada di hospital kerana ada komplikasi pada kandungan yg baru berusia 7 bulan...

Semoga beliau dan anak berada dalam lindunganNya..Buat keluarga Dianawathy semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan..

Ari minggu yg sgt penat tapi seronok...

Plan asalnya ari ahad on 10 okt aku dan kengkawan Uitm nak wat reunion kat Shah Alam...tp disebabkan tuan rumah ada hal yg takleh dielakkan, so cancel lar..lagipun jiran aku kenduri bertunang anak dia...So ari sabtu aku tak masak langsung wpun pepagi buta hb dah beli lauk mentah semua...Tetiba hb mengidam nak makan breakfast Mc D...Aku layankan jer la wpun aku dah melantak bihun malam tadi awal2 pg lagi..Tengahari plak gi open house makcik cafe opis aku kt labu...mmg aku tak masak lar...Mlm plak disebabkan anak beranak tido senyenyaknya sampai senja maka hormon2 malas telah menguasai jiwa raga ku..maka kitorang pekena charkueyteow kt luar...

Pada ari ahad tu pulak pepagi lagi aku dah masak jemput bilis sebab hb dah jemu makan mee ngan bihun..skali skala nak kelainan pulak...yg penting kenyang...lepas jer breakfast kemas ala kadar terus jengah umah sebelah..tp jiran aku nih expert tul..masak sumer dah siap, aku just makan2 dan melayan kerenah si kecik nih yg terlompar sana sini..dan bila dia dah mengantuk mula ler wat perangai..maka kuangkut balik rumah...agak2 dah nak tengahhari baru aku pegi balik...

batrisyia di pelamin kecil

                                                 beramah mesra dgn jiran tetangga aka gosip

                                                      dikerumuni sebab tgh tgk video doraemon

                                               kawan baru batrisyia
                                              bersama bakal pengantin

                                           kedatangan best friend aku fuziyan


Sibbaik lar hb  pandai2 tolong apa yg patut...tengah2 majlis berlangsung my bestprengggg pun sampai..lepas makan2, borak2 segala nak dekat kul 10 malam baru diorang balik...penat sangat tp sangat seronok...hilang sumer rindu dendam aku kt yan...

Plan asal minggu nih telah di tunda ke 17 okt..InsyaAllah kalo takder apa halangan kitorang berkumpul kat rumah adina...tak sabar rasanya...

Lupa lak nak citer jumaat aritu taska batrisyia wat open house siap ada wat persembahan lagi..batrsiyia jadi dayang tp disebabkan aku lambat sampai dan dia pun menanngis sakan bila tgk org ramai tp takder sorang pun macam muka mak dia...rosak program tuh...masa aku sampai dia dah selesai present...

balik kang kalo rajin aku upload gambar dari facebook...

open house taska batrisyia

kanak2 comel wat persembahan

anak daraku yg asik menangis..takut apa ntah

jadi dayang masa persembahan..

Friday, October 8, 2010

Beraya bersama PM....

Sibbaik lar aku nih sebahagian dari ahli kementerian kewangan..maka bila hari raya berpeluanglah nak beraya ngan PM...heheh...pertama kali nih nak jumpa PM face to face..kata member tangan  nya selembut kapas..tak caya lar....mari kiter buktikan...

Seawal tengahhari kitorang dah menapak ke MOF..di khabarkan PM akan dtg dalam kul 12.20..maka opis beri pelepasa kitorang kuar awal utk beraya bersama PM...Aku tak pasti kul baper Pm sampai...tau 2 sumer dah kerumun ramai2 kat dia termasuk lar aku skali..Dek asik merakam wajah PM sampai dia hulur tgn kat aku tak perasan...sibbaik sempat ku sambut...sempat lar merasa tangan selembut kapas...heheh...

Lepas jer PM masuk dewan kitorang pun serbu gerai juadah yg disediakan...Amatlar meriahnya dengan orang...pelbagai juadah disediakan...Dah kenyang agak2 dah penuh perut, kitorang pun gerak pulang...

Hari ni lak diadakan sambutan hari raya anjurann seksyen akaun...Berbeza dgn sambutan thn lepas, kali nih diadakan Anugerah pakaian glamor raya dan gerai paling ceria..Selain itu ada disediakan sesi potografi berbayar di satu sudut di ballroom seksyen akaun...Aku makan sampai lar kenyang dgn pelbagai makanan merata tempat...gambar sumer leh tgk kat facebook aku sebab aku takleh nak upload gambar masuk blogspot...ntah apa kena ntah...


update on 8 okt @10.00pm


ni aku dan sally masa tgh tunggu PM datang

aku ngan bestprengg...

Tuesday, October 5, 2010

Jalan2 di hari raya...

Aku tak tau lar naper takleh nak upload gambar sejak blogspots tukar gaya mengupload gambar cara baru nih..payah tul..ker sebab komputer nih zaman purba punya komp...ntah lar..nampak gayanya nak kena beli laptop nih..kalo tak aku akan mengupdate blog dgn tulisan yg bernas jer lar jawabnya...

penat jer aku snap pic ngan 'TPM'...heheh...Yer..weekend baru2 nih aku skeluarga balik kg dgn jayanya..Aktiviti wajib setiap bulan menjengok org tua di kampung..mak abah Alhamdulillah sihat...Ari ahad kitorang dah gerak balik ke nilai sebab...nak beraya kt umah TPM...beria2 hb aku ajak gi sana..aku l;ayankan ajer la...sampai2 jer nak dekat kul 3 ptg...pun masih ramai tetamu yg hadir..makanan sedikit hampa sebab byk dah abis..tetapi makanan sampingan sgt lar banyak..aku melantak sate ngan char kuey teow jer..dan siap bungkus aiskrim goreng and ABC...masa nak balik tuh aku pun pegi lar lalu depan umah TPM...dia mmg takder dah kat situ..Pengawal kat luar tu siap pelawa kitorang suh masuk, skali tu selisih lar dgn mak datin mana ntah..tanya kitorang nak gi mana..dgn muka berlagak nyer dia kata tak leh masuk...eleh macam lar kitorang nak masuk sampai bilik tido..just nak tinjau2 jer..tu pun tak boleh..yg dia tu boleh plak masuk...kaum kerabat kot..hmm...kiter ni rakyat biasa jer kan...ish..terus aku ajak hb balik..Sibbaik pakcik kat luar tu ramah kemain lagi ngan kitorang..terubat gak lar rasa terkilan di hati....

Dari rumah TPM ingatkan nak beraya lar umah member yg dok area putrajaya..bila call sumer tak angkat...kitorang pun gi Alamanda, parking plak penuh..Atlast kitorang gi taman botani..nak tompang solat asalnya..hb ajak jenjalan...tgk taman..skali ternampak seafood restaurant...aku pun ajak hb makan kt sana....kemain mahal lagi makanannya..Sibbaik sedap dan layanan pun best..kitorang order ikan siakap 3 rasa, kari udang dan telur dadar...order ikut sedap tekak jer sebab kalo nak ikut menu ntah apa2 kat situ tak faham langsung....kang terorder sup siput sedut ngan kari tiram kang susah plak nak menelan...

Abis jer makan2 kitorang terus balik umah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...