My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, May 14, 2010

Jom heboh.....putrajaya


Mulai arini sampai ahad nih berlangsung hari belia + jom heboh di sekitar putrajaya....


Ni diantara aktiviti yg bakal diadakan

Dan diumumkan 7 jalan utama akan ditutup...Asalnya tutup 14-16mei...tp smalam ada announcement dari polis sendiri yg ari jumaat jalan tidak ditutup sebab dah dengar dah ura2 member yg dok KL sumer pakat2 nak EL...korang bayangkan lar caner nak gi keje kalo dah nak kena park kete tempat lain then naik bas, jap gi pada saper2 yg antar anak kat nursery lain kang nak antar bini lak...huh..so mungkin ada yg buat aduan then ari jumaat jalan masih dibuka...Jalan tutup nih pun bukan apa nak menyenangkan pengunjung tak perlu bersesak dan nak elakkan kemalang pasal booth2 sumer bersepah2 kat tengah jalan...kalo yg beranak kecik tu kot2 terlepas anak ke tengah jalan...tak ke naya....

ni view dari tingkap opis aku...di amik pada petang smalam...


7 laluan utama ditutup bagi mengelakkan kesesakan bermula jam 6 pagi hingga 12 tgh mlm. Laluan tersebut ialah Lebuh Wawasan, Jambatan Saujana, PICC/Pullman, Lebuh Setia, Lebuh bestari, PICC/EQuestarian dan Persiaran Perdana...Pada semua  yang nak pegi ke tempat  nie, bolehlah parking kenderaan di 4 lokasi yang dah ditetapkan..pastu, sila naik bus yang disediakan yep... Ada 50 buah bas khas yang disediakan..PERCUMA!!! Tempat-tempatnya :


dari arah Kuala Lumpur, Kajang, Bangi - parking kat Park & Ride Presint 1


dari Shah Alam, Puchong, Highway Mex - parking di Putrajaya Sentral, Presint 7


dari arah Sepang dan Dengkil - parking di Presint 5, berdekatan PICC(aku kena park sini ler)


dari arah Bangi & Sungai Merab - parking di Presint 18


Sesape yg umah dekat sgt ngan tempat nih macam kuarters presint 18 tuh, elok uol jalan kaki jer lar..tp jangan lupa bawak payung, air mineral, deodorant, kipas mini, bg yg beranak kecik bawak ler stroller...senang sket...pakai lar..kasut yg sesuai...kalo sport shoes lagi elok...heheh

Ni plak keratan berita yg aku copy dari utusan
 
Tujuh laluan Putrajaya ditutup


Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN

kota@utusan.com.my

PUTRAJAYA 11 Mei – Lebih 200,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Karnival Hari Belia Negara 2010 di sini yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini bermula Jumaat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd. Razak Abd. Majid berkata, berikutan penganjuran acara terbesar itu, tujuh laluan utama akan ditutup bagi mengelakkan kesesakan teruk ekoran tempat letak kereta yang amat terhad.

Beliau berkata, penutupan jalan-jalan tersebut bermula pada pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Tujuh laluan tersebut ialah Lebuh Wawasan, Jambatan Saujana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC)/Pullman, Lebuh Setia, Lebuh Bistari, PICC/Equestarian dan Persiaran Perdana.

“Sehubungan itu, polis memohon kerjasama daripada orang ramai supaya menggunakan kenderaan awam untuk ke tapak pameran bagi mengelakkan kesulitan dan kesesakan teruk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 14,100 tempat letak kereta awam disediakan di empat lokasi.

Kenderaan dari arah Kuala Lumpur, Kajang dan Bangi akan diarahkan diletakkan di kawasan Park n Ride Presint 1; dari arah Shah Alam, Puchong dan Lebuhraya Maju Express di Putrajaya Sentral di Presint 7.

Kenderaan dari arah Sepang dan Dengkil di Presint 5 berdekatan Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) manakala dari arah Bangi dan Sungai Merab di Presint 18.

“Kira-kira 500 petugas terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat dan penguat kuasa Perbadanan Putrajaya akan bertugas mengawal keselamatan di tempat letak kereta,” katanya.

Abd. Razak memberitahu, bagi memudahkan pergerakan orang ramai, sebanyak 50 buah bas khas akan disediakan oleh pihak penganjur untuk membawa pengunjung dari tempat letak kereta ke tapak karnival.

Beliau menambah, apabila tiba di tapak karnival pula, sebanyak tujuh buah tram disediakan bagi membawa orang ramai dari satu lokasi ke satu lokasi.

Katanya, kemudahan tersebut bagi keselesaan pengunjung serta mengelak berlaku kemalangan memandangkan khemah-khemah pameran ada yang terletak di atas jalan di Persiaran Perdana.

“Kenderaan yang menghalang lalu-lintas akan ditunda dan disaman, jadi sila patuhi arahan polis supaya menggunakan kenderaan awam kerana ia lebih menjimatkan masa,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga aspek keselamatan iaitu berhati-hati dengan penyeluk saku, mengawal anak-anak kecil, menggunakan kunci tambahan pada kenderaan dan tidak membawa barang berharga.

Pelbagai acara dan pameran akan diadakan sepanjang tiga hari karnival tersebut dari jualan barangan, pelbagai pameran sehinggalah kepada acara-acara sukan, kebudayaan dan persembahan muzik.

Antara yang dijangka menarik perhatian ialah Perhimpunan Hari Belia dan pertandingan futsal Rentap anjuran Kosmo! yang bakal berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18.


Aku ucapkan kepada semua...jumpa anda semua disana.........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...